Nuffnang Ads

Thursday 8 May 2014

abahku sakit

assalammualaikum

 Lamanya aku tak update blog ni.....bersarang dah wei.Sebenarnya aku tiba - tiba hilang semangat.Ni baru nak bangkitkan semangat setelah fikiran ntah ke mana - mana sebenarnya.Super duper busylah ..macam ni rasanyer bila orang tua kita sakit...terhenti perjalanan hidup gelap dunia.Aku cerita ni bukan untuk menagih simpati ke apa jauh dari sudut hati ini. Tapi kat sini lah aku curah isi hati....pengalaman.

Aku terima berita masa pukul 5 petang hari jumaat masa nak balik tu.Mak aku call cakap syida macam mana ni abah tak leh gerak sambil nangis2.Adoyai aku paniklah macam mana ni bapak aku hypo ker....mesin checkglucose pun takder....aku call lagi ok tak abah tu...dah boleh bukak mata dah..lega hati ini.Sepanjang perjalanan aku ishtigfar Ya Allah selamatkanlah bapaku.

Tunggu en abang aku balik keje gerak balik kampung.Bila sampai lega abah duduk kat kerusi.Oklah tu dalam hati tapi still tak boleh jalan.Tapi abah aku ni degil betul dia gagahkan diri nak jalan jugak dahlah berat lelaki kan.Cakap ngan abah aku kene pi hospital jugak sebab tak tahu kenapa ni.Pi klinik Shahril kat Kapar minta refer letter ke Sri Kota Medical Centre.....pffuh....

18/04/2014
Sampai Sri Kota Dr Law datang takde kene  mengena dengan saraf....tunggu  Dr Cardio....Dr Shahrul check rupanya abah kene Myocardial Infarction (MI)...adoi sedihnyer tapi dalam hati rasa bersyukur sebab abah tak kena attack yang mengejut.Mula lah terbayang dan rasa bersalah kenapa bila abah mengadu sakit dada aku tak push abah pergi check jantung...lagipun bapak aku ni degil kuat sangat merokok...sangat kuat tau....

19/04/2014
 esok datng balik....cerita punya cerita rupanyer dr cardio tu kira biras abah....adui kecik dunia..buat angiogram memang ada tiga yang dah blok.terima kasih sangat pada Dr sebab memudahkan pergi ke IJN...dr kata the best pergi ke IJN...naik ambulan.Aku balik sekejap settle apa yang patut...ambil baju mak semua.Adik - adik aku settle kan abah masuk IJN....abah ditempatkan di wad ccu...

21/04/2014
Sepatutnya abah kena buat operation untuk buat bypass...tapi tak tahu lah rupanyer petang semalam abah dilanda strok....aku tak tahu seharian aku tunggu kat situ....cakap ngan nurse kenapa tak inform saya yer.....airmata berjurai kesian nyer abah aku....mungkin dia stress ke takut ke sampai kena strok.
Lagi aku sedih sebab percakapan abah dah tak jelas.Ya Allah berat dugaan ini.Dalam hati bnyakkan berdoa.Dr kata kita takleh operate sebb bapak awak dah kena strok kena stabilkan strok dia dulu.Redha kalau itu penentuannya.

23/04/2014 - 25/04/2015

Aku kerja macam biasa....sebab adik aku cuti seminggu sambil aku terus berdoa janganlah apa2.

25/04/2014

Aku dikejutkan dengan kol dari adik aku....abah kena infection.Kena tebuk dekat leher tekanan sangat rendah.Datang jelah akak sebb orang tak tahu nak buat apa ni...dahlah aku kena kerja Ya Rabbi....macam orang gila aku cari orang untuk ganti aku....airmata melimpah ruah Tuhan je Tahu...tapi terima kasihlah pada yang membantu... tak tahu nak bals macam mana hanya Allah jer yang dapat membalasNya.

28/04/2014 - 30/04/2014

Turn aku pulak duduk hospital.....tidur kat surau..kesian mak aku batuk pulak maklumlah hospital kan banyak kuman mudah kena batuk even anak aku sampai semput masa aku ke hulu hilir kat hospital.Dugaan besar sungguh janganlah anak aku sakit masa tu rasa airmata ni dah tak lekang menitik jer.Kena kuat sebab siapa lagi nak bantu kan kami adik beradik tak ramai tambahn adik aku kecik masih belajar lagi.Duduk hospital selama tiga hari macam2 aku dengar tentang ahli keluarga mereka.Kita kadang2 lupa rupanya di luar sana ramai yang bersedih...tabah mereka hadapi ujian ini....Mereka semua dari jauh dari pahang perak kelantan sarawak pun ada....mana ada saudara kat kl ni tidur kat kerusi ke mana2 lah.....nak sewa dorm kalau dah berbulan duit lagi nak travel nak makan untuk belanja.......bukan sekejap ada yang dah empat bulan duduk IJN....adoi sedih nyer...insaf diri ini.Tapi aku masih berharap biar abah dan seluruh ahli di IJN ni ada sinar kehidupan....buat sembahyang tahjud bagi abah air zam zam.baca yassin

3/04/2014

Pindah wad biasa....nampak dah ok sikit.Tapi berkahak lak...sedut ada darah lak....sebenarnya abah dah leh discharge dah tapi ada darah takut ulcer kat perut dia....memang dah lama dah gastrik tapi makan ubat jer.Kena buat skop hari isnin di HKL.....ini turn abang aku sulung sebab aku cuti sikit.Berdoa semoga tak de apa cepatlah abah balik umah walupun takleh gerak sebab dah tak sanggup tengok abah aku macam tu....mak aku tak sanggup nyer aku tengok dia tidur tak menentu...
Ya Allah permudahkanlah urusan kami semua.....sekarang aku terus berdoa diberi kekuatan dan sihatkanlah bapaku Ya Allah....

Sebenarnya tanggungjawab kepada orang tua amatlah besar pada anak2....tambahan anak lelaki.Kalau perempuan minta izin suami dulu tapi mana ada suami tak paham dia pun ada mak bapak.Sementara mereka sihat dan ada ni janganlah abaikan mereka ....tanya kesihatan mereka...balik jumpa mereka dan luangkan masa bersama.Janganlah dah berjaya lupa semua...walupun kadang2 orang tua ni bnyak songeh dia sabar jerlah....kalau salah tegur cara berhikmah.

Lepas tu kalau ibu bapa korang ada menghidap sakit kronik suruh check detail lagi sebab bila dah ada sakit2 ni banyak komplikasi penyakit lain kalau tak nak dengar pandai2 tackle lah camner.Belikan lah supplement tambahan supaya penyakit yang ada tu tak bertambah parah...semakin tua semakin kurang imun dalam badan mereka.


Sampai sekarang aku masih berdoa dan terus berdoa.....tapi semua perjalanan hidup kita ni hanya Allah yang tahu....kita mampu merancang hanya Allah penentunya.....amin yarabbal alamin....







hati risau

salam jumaat

lama tak bersiaran. ...sekarang ni hatiku risau tak menentu memikirkan kesihatan abahku yang tak berapa sihat...siapa tak sayang ahli keluarga...walaupun dulu abah aku ni terkenal dengan garangnyer tapi sebenarnya hatinya sangat lah baik tak pernah pun dia membiarkan adik beradik aku tak cukup makan pakai bab pelajaran semua complete. Tambah lagi ibu aku seorang suri rumah sepenuh masa.

Kadang - kadang duk drive balik sorang2 tu mulalah terngiang2 kat telinga ni .....belajar belajar jangan jadi macam abah....esok ada pelajaran dapat keje bagus saper yang senang ko jugak....jangan jadi macam aku ni keje panjat tiang panas hujan.....sob...sob...

sekarang emak tinggal kat ijn kesian mak aku...tapi nak buat camner....keje kena keja gak...perempuan lagilah ada anak suami....tangungjawab...nasib baik dapat suami yang memahami sanggup hantar pergi balik aku ker IJN sebab aku bab jalan ke kl ni failed.....walaupun apapun doktor cakap hati penuh harapan tapi siapalah kita untuk tahu apa yang Allah tentukan.....

Bila lepas emak melawat jer mesti hatiku berdebar2 memikirkan macam mana kesihatan abah ....makin ok makin tak ker ....hanya doa anak2 jer dapat dikirimkan....

hari ni juga aku cuba untuk pergi ke IJN sendiri....demi semua orang yang tersayang tak tertahan rasanyer nak tengok abah sebab minggu ni full aku keje sebab keje petang...aku lunch call petang ni gak aku gerak tapi balik aku suruh suami aku datang dengan nayli amik aku jalan balik tak confident...huhu...suka hatilah nak cakap aku poyo ker.....

walaupun hari ni hari ibu tapi hari2 bagi aku hari ibubapa kita sebab tanpa mereka siaplah kita di dunia ni....






Ya Allah besar sungguh dugaan ini aku hanya hambaMU yang kerdil lagi hina










Saturday 3 May 2014

sense of humor

selamat pagi semua...

aku nak cerita lah sikit ini cuma pandangan dan pendapat jerlah....sebenarnya proses mengenali perwatakan manusia dalam hidup ini...macam2 rupanya watak manusia ni....apa yang ku rasai sebenarnya mengajar aku menjadi lebih matang dan jadikan pedoman supaya lebih baik dari sebelumnya.

sense of humor  besar maknanya....Humor tu lebih kepada lawak jenaka orang yang pandai bermain kata2 yang dapat membuat orang sekeliling rasa selesa terhibur. Bukanlah kata kene pikir setiap hari lawak apa nak buat ek.....kene buat lawak bodoh ke...tak tapi cara kita bertanya ambil berat semua tu kena adalah.Anggaplah orang2 ni sebahgian dari keluarga.Bagi aku walau besar ke pangkat kaya ke tersohor ke kalau tak de rasa sense of humor ni kuranglah rasa hormat dan rasanyer tak lengkap lah diri manusia itu ....kalau orang tu tak berpangkat tak kaya tak terkenal tapi terselit rasa humor dalam diri mereka menjadikan diri mereka lain dari yang lain dan kita sedikit sebanyak akn rasa sallute kat mereka ni....dalam hidup ni bukan kena ikut peraturan semata tambahan peraturan yang dicipta manusia....letaklah sikit iman di hati dan tadbirlah sesuatu organisasi tu berlandaskan agama islam.....jangan sibuk mengejar pangkat nama sahaja hingga lupa hubungan denagan Allah perlu dijaga hubungan manusia pun perlu dijaga....dengan makhluk di muka bumi pun......

mungkin sebab tuntutan pangkat dan kedudukan terpaksa mereka bertindak demikian tapi manusiakan mempunyai akal dan fikiran....cara mesti kena kalau nak menegur atau bertindak.....kadang2 macam aku peringatan untuk diriku kalau kita dalam keadaan marah kita akan bertindak di luar kawalan....cakap pun main sedap mulut jer....tapi apa guna dikurniakan iman dan pelajaran tapi tak boleh menggunakan.....

Tepuk dada tanya hati apa yang kita lakukan semua esok akan dia soal di sana......hidup ini adalah kitaran.....Aku cuba selami hati sesama manusia kita letakkan diri kita di tempat mereka....sesungguhnya kita akan menngunakan akal dan fikiran dan bertindak dengan cara yang betul tanpa melukakan hati sesiapa pun....bukan diminta dilayan bak puteri tapi tulah hidup tu kena ada rasa simpati kasih sayang....mmm....tulah minta jauh dijadikan seperti itu lupa bila berada di atas....asyik fikir banyak dah sumbangan aku tapi tak pernah fikir  apa yang orang bawahan sumbangkan....tak pernah tanya selami apa masalah menimpa....tahu menghukum jer....mmm sedih....