Nuffnang Ads

Sunday 6 April 2014

PENYAKIT KELAM KABUT

hai semua.....

hari ni aku nak citer ngan korang.Korang ada tak satu penyakit kelam kabut.Sebenarnya akulah tu yang ada penyakit itu.Rasanya memang aku dah lama dah dapat penyakit tu.Kalau korang nak tahu penyakit aku tu kalau dah datang semua bende aku nak buat.Ntah apa yang aku kejarkan ntah aku pun tak tahulah.Agak- agak terbawa masa keje sampai lah ke rumah.

Nak dijadikan cerita hari tu punyer lah kelam kabutnyer kunci kereta aku mesti akan termasuk dalam mesin basuh aku mesin sekali.Bukan aku nak check ker dalam kocek tu ada barang ke apa.Aku nak cepat aku sumbat jer.Sebenarnya kunci lagi satu pun dah termasuk dalam mesin.Kalau tak dua dua lah rosak nasib baik boleh ok....Tengok tahap mana penyakit kelam kabut tu.Korang tak tengok kalau aku masak ke apa...lagilah kelam kabut macam apa ntah.Kalau orang nak lagilah kelam kabut tu jadi kuasa dua.Nasi baik tangan ni dua kalau macam tangan sotong aku rasa dah tersimpul mati dah sebab berbelit sebab kelam kabut punya pasal.

Ada ubat tak untuk penyakit ni kalau ada aku dah beli dah. Rasa rasa penyakit ni keterunan ker.Aku rasa ya.Penyakit ni ni diwarisi dari bapak aku sebab kalau dulu tak siap cepat nak pergi mana alamat suara akan memecah seperti halilintar.Sampai aku dulu kalau nak pakai tudung terpaksa lah aku pakai kat dalam kereta.Jadi sekarang ni dah kawin ni aku rasa aku siap cepat jer takde lambat pun sebab dah terbiasa kot.Kadang - kadang buat lambat pun jadi cepat dari orang lain camner...

Tapi untungnya orang kelam kabut ni dia khawin ngan orang selamba dek jer.Suami aku orang nye jenis cool jer jadinya seimbang lah korang bayangkan kalau dua dua kelam kabut aku rasa letak anak kat mana pun jadi tak ingat....hahaha

Oklah itu jer aku nak citer kalau rasa ade ubat untuk penyakit ni sila bagitau aku ek....


 
ehsan google

No comments:

Post a Comment