Nuffnang Ads

Tuesday 18 March 2014

bila ada budak jatuh dalam tasik

 assalammualaikum....


Lama dah aku tak update entry kan...busy lah sekarang...sabtu ahad cuti pun banyak benda nak buat.... (sebenarnya aku qada tido aku ) ala busy sangat kononnye aku ni macam anak sepuluh....

kali aku nak cerita yerlah negara kita banyak digemparkan dengan macam macam hal sekarang....dengan kehilangan pesawat  MH370 nyer......sampai sekarang misi pencarian masih diteruskan....kesian kat orang- orang yang ada dalam pesawat tu jer......tambahan ada budak kecik lagi....apapun aku doa semoga semua dipermudahkan semoga dapat jumpa kembali.....


ehsan google

sekarang ni pulak jerebu lak....mask macam pisang goreng panas dibuatnya...memang kena pakai mask kalau tak macammana pedih mata...batok pun meyerang...air pun tak de sekarang tempat aku kena catu..dua hari ada dua hari tak der.... rumah aku tangki lak bocor so tangki tak leh guna....tak cukuplah aku tadah air yang ader so aku beli lagi tong....ada sekali tu aku balik lah kampung sebab umah mak aku okey jer tak kena catu air....lagipun orang kampung mesti ader kolah yang besar tukan....best betul mandi air kolah ....sejuk bila mandi kecebur....kecebur bunyi nyer.....hah nikmat.



ehsan google

ok lah berbalik pada tajuk aku sebenarnya....malam tadi aku biasalah orang malas nak masak starndard mesti nak makan kedai...alasan air tak de...hehe...selalunya aku pergi makan kat kedai yang biasa aku pi makan...alih - alih tutup lak hari tu.Lepas tu  ' Alamak nak makan kat mana ni ayah' cik abe pun cakap ' makan kat tesco jelah tak de pilihan dah'....

sebelum sampai tesco masa nak kona tu berhenti lah kat traffic light lepas tu terperanjat....'eeiii naper keta banyak ni ayah'...aku leh lak cakap ' ader konsert ke' apa kejadahnya konsert syida uiii....agak2lah ko ingat macam festival music asia tu....rusuhan ke apa ke ni....pas tu tanya lah ader pakcik kat traffic light tu di kata ada budak jatuh dalam tasik tu....petang tadi lagi....budak tingkatan satu....

 tiba- tiba tak semena - mena darah aku berderau......kesian nyer Ya Allah budak tu....mak bapak dia...aku tengok dah ade bomba dah.....bomba duk pakai sampan nak cari budak tu...tak jumpa lagi lah....


cik abe aku pun turun kebawah nak meyiasat lah konon....dia bab2 ni memang suka pun...aku pun duduk kat atas je tengok ....sambil tu tadah telinga....katanya lah budak tu balik dari sekolah nak basuh kaki tergelincir....ada kata dia naik basikal terjatuh dengan basikal dia termasuk dalam tasik tu..

aku pun tak tahu lah berita sahih yang mana. Tapi cuma yang aku harap dapat lah jumpa mayat budak tu....permudahkanlah urusan mereka. Dalam pukul 11 tadi pun khabarnya tak.jumpa lagi....sedihnya.

Sebagai mak bapak dia mesti sedih misal lah kata mak bapak yang bekerja alih- alih dapat tahu anak mati lemas...pilunyer hati tak terkata...risau aku dibuatnya...sekarang macam- macam anak kita ni.....kalau tak kes mati lemas ....kena culik lah apalah...mintak jauh kan.

hanya doa jer dapat mengiringi......

 
ehsan google







18 Mac 2014

Shah Alam: Pelajar lelaki tingkatan satu dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tasik di sebelah pasar raya besar Tesco Puncak Alam dekat Kuala Selangor, petang tadi.

Remaja dikenali sebagai Mohammad Ikmal Hakim Kamarul Bahrin, 13, dari Apartment Cindai, Bandar Puncak Alam yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam 2, dipercayai hilang dalam tasik ketika cuba menyelamatkan basikalnya yang terjatuh di situ, kira-kira 6 petang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bestari Jaya Amerhaizal Sahak berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.01 petang, satu jentera bersama 12 anggota dihantar ke tempat kejadian.

"Seramai lapan anggota penyelam masing-masing empat dari balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam ditugaskan mencari mangsa.


"Sehingga kini, usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sehingga lewat malam ini, mangsa masih belum ditemui manakala bomba berusaha mengepam keluar air tasik berkenaan bagi memudahkan operasi mencari.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bestari Jaya Amerhaizal Sahak berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 6.01 petang, satu jentera bersama 12 anggota dihantar ke tempat kejadian.

"Seramai lapan anggota penyelam masing-masing empat dari balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Shah Alam ditugaskan mencari mangsa.

"Sehingga kini, usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sehingga lewat malam ini, mangsa masih belum ditemui manakala bomba berusaha mengepam keluar air tasik berkenaan bagi memudahkan operasi mencari.-mymetro

ni yang aku baca dalam internet....


No comments:

Post a Comment